Sunday 2 March 2014

Forest Gump

Forrest Gump

Filem Ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Forrest Gump yang dibesarkan oleh ibunya dengan penuh perjuangan. Forrest sering diejek dan dibuli oleh kawan-kawannya kerana sifatnya yang lurus bendul. Namun di luar ketidakmampunya itu, dia memiliki kelebihan lain (kemampuan berlari yang cepat).

Pada hari pertama persekolahannya , dia bertemu Jenny seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal berhampiran kawasan rumahnya. Dia telah jatuh cinta kepada Jenny kerana Jenny sering memberi semangat kepada Forrest Gump ketika menghadapi masalah. Namun begitu cintanya ditolak oleh Jenny.

Setelah tamat persekolahan, Forrest Gump telah menyertai Angkatan Tentera (militeri) dan telah ditugaskan ke Vietnam , dimana dia telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Bubba. Forrest menjadi seorang yang sangat berjasa di dalam platonnya dengan kemampuan larian. Dia menjadi wira dengan menyelamatkan ramai tentera yang telah tercedera sehingga menerima anugerah atas jasanya.

Setelah pulang ke tanah air, Forrest telah bertemu semula Jenny ketika perlantikanya sebagai Ketua Angkatan Tentera. Dia melamar Jenny untuk menjadi teman hidup.




No comments:

Post a Comment