Sunday 2 March 2014

Being

Director Journal (minggu ke-2)Pada minggu kedua, saya x dapat hadir ke class sebab demam. jadi tidak banyak maklumat yang saya tahu. Cuma bagi kumpulan kami kata sepakat untuk short filem adalah : 'Meriam' cerita mengenai kehidupan yang dirancang dan tidak dirancang. Saya telah membaca sinopsis short filem ini : 

Sinopsis Filem Pendek
Tajuk: MariamSejurus selesai solat Isyak berjemaah dengan suaminya di bilik tidur mereka, Mariam meminta maaf kepada Salim sambil menangis teresak-esak. Dia merahsiakan perihal perkara sebenar di sebalik kejadian gangguan oleh tiga orang lelaki tiga minggu lepas. Dia diselamatkan oleh Salim namun Salim tidak mengetahui bahawa isterinya telah dirogol. Setelah mendengar pengakuan Mariam malam itu, Salim sungguh terkejut namun tidak percaya dengan pengakuan itu. Dia meninggalkan bilik itu.Salim mengimbas kembali kejadian di luar rumahnya pada subuh itu. Isterinya yang balik lewat didatangi oleh tiga lelaki. Salim yang baru balik menunaikan solat Subuh di masjid telah menyelamatkan isterinya. Dia mengejar lelaki-lelaki sehingga segugus kunci rumahnya jatuh di jalan. Dia kembali mendapatkan isterinya dan memujuknya. Mariam yang menyesal kerana tidak mendengar nasihat suaminya supaya mengubah penampilannya menjadi seorang muslimah menangis teresak-esak.Setelah pengakuan Mariam dan tindakan Salim mengendahkan isterinya malam itu, pagi keesokannya Salim mendapatkan Mariam yang sedang termenung menghadap tingkap. Dia menghampiri dan memujuknya untuk terus tabah dan memulakan hidup baharu. Mariam kemudiannya menunjukkan ujian kehamilan kepada Salim. Salim rebah melutut sambil merangkul kaki isterinya dan teresak-esak seperti kanak-kanak setelah melihat keputusan ujian kehamilan yang positif itu. Ada penyesalan di hatinya kerana kejadian gangguan oleh tiga lelaki itu adalah rancangannya sendiri dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada Mariam agar mengubah menjadi muslimah sejati.

x

No comments:

Post a Comment