Sunday 2 March 2014

Forest Gump

Forrest Gump

Filem Ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Forrest Gump yang dibesarkan oleh ibunya dengan penuh perjuangan. Forrest sering diejek dan dibuli oleh kawan-kawannya kerana sifatnya yang lurus bendul. Namun di luar ketidakmampunya itu, dia memiliki kelebihan lain (kemampuan berlari yang cepat).

Pada hari pertama persekolahannya , dia bertemu Jenny seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal berhampiran kawasan rumahnya. Dia telah jatuh cinta kepada Jenny kerana Jenny sering memberi semangat kepada Forrest Gump ketika menghadapi masalah. Namun begitu cintanya ditolak oleh Jenny.

Setelah tamat persekolahan, Forrest Gump telah menyertai Angkatan Tentera (militeri) dan telah ditugaskan ke Vietnam , dimana dia telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Bubba. Forrest menjadi seorang yang sangat berjasa di dalam platonnya dengan kemampuan larian. Dia menjadi wira dengan menyelamatkan ramai tentera yang telah tercedera sehingga menerima anugerah atas jasanya.

Setelah pulang ke tanah air, Forrest telah bertemu semula Jenny ketika perlantikanya sebagai Ketua Angkatan Tentera. Dia melamar Jenny untuk menjadi teman hidup.




Being

Director Journal (minggu ke-2)Pada minggu kedua, saya x dapat hadir ke class sebab demam. jadi tidak banyak maklumat yang saya tahu. Cuma bagi kumpulan kami kata sepakat untuk short filem adalah : 'Meriam' cerita mengenai kehidupan yang dirancang dan tidak dirancang. Saya telah membaca sinopsis short filem ini : 

Sinopsis Filem Pendek
Tajuk: MariamSejurus selesai solat Isyak berjemaah dengan suaminya di bilik tidur mereka, Mariam meminta maaf kepada Salim sambil menangis teresak-esak. Dia merahsiakan perihal perkara sebenar di sebalik kejadian gangguan oleh tiga orang lelaki tiga minggu lepas. Dia diselamatkan oleh Salim namun Salim tidak mengetahui bahawa isterinya telah dirogol. Setelah mendengar pengakuan Mariam malam itu, Salim sungguh terkejut namun tidak percaya dengan pengakuan itu. Dia meninggalkan bilik itu.Salim mengimbas kembali kejadian di luar rumahnya pada subuh itu. Isterinya yang balik lewat didatangi oleh tiga lelaki. Salim yang baru balik menunaikan solat Subuh di masjid telah menyelamatkan isterinya. Dia mengejar lelaki-lelaki sehingga segugus kunci rumahnya jatuh di jalan. Dia kembali mendapatkan isterinya dan memujuknya. Mariam yang menyesal kerana tidak mendengar nasihat suaminya supaya mengubah penampilannya menjadi seorang muslimah menangis teresak-esak.Setelah pengakuan Mariam dan tindakan Salim mengendahkan isterinya malam itu, pagi keesokannya Salim mendapatkan Mariam yang sedang termenung menghadap tingkap. Dia menghampiri dan memujuknya untuk terus tabah dan memulakan hidup baharu. Mariam kemudiannya menunjukkan ujian kehamilan kepada Salim. Salim rebah melutut sambil merangkul kaki isterinya dan teresak-esak seperti kanak-kanak setelah melihat keputusan ujian kehamilan yang positif itu. Ada penyesalan di hatinya kerana kejadian gangguan oleh tiga lelaki itu adalah rancangannya sendiri dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada Mariam agar mengubah menjadi muslimah sejati.

x

Wanna Be

Director Journal (minggu pertama)

Pengenalan antara student Seni Pengarahan Filem. Penerangan lecture mengenai pembahagian markah seterusnya pembahagian group produksi. Di dalam class ini, segala kerja akan dilakukan di dalam group dan di-combain bersama produksi televisyen dan dokumentari.  Diberi pilihan untuk tugasan (jenis pengambaran)

short film 
Ads (lollypop / perlancongan pelajar)
promo (jabatan pengajian media)
psa 

Saya telah memilih short filem  bersama-sama Ariff, Fizah, Cat, dan Emilin . Kami telah membuat perbincangan mengenai tajuk filem pendek. Banyak idea yang telah dibincangankan antaranya 'flasback''cermin' dan 'carier anak ditentukan ibu bapa'. Pada minggu pertama ini belum ada kata sepakat mengenai cerita apa yang akan dibuat. Hanya pengenalan antara krew dan perbincangan kerana setiap krew ada idea yang tersendiri. Masing-masing diberi masa dalam 2 hari bagi mengemukakan idea (sinopsis cerita) sebelum final keputusan.